Sunday 29 January 2012

Pengalamanku bersama Jerawat..oh NO!

Seiring dengan peningkatan usia, kaum remaja khususnya akan mengalami satu perkara menakutkan dalam hidup mereka iaitu pertumbuhan JERAWAT atau ACNE atau PIMPLE. Oh NO!

Selain menjadi mangsa 'legging' (click) aku juga penah menjadi mangsa jerawat yg menjadi musuh utamaku suatu saat dahulu..sobsobsob.. Kat sini, aku suka untuk berkongsi dengan uolls pengalaman aku tentang masalah JERAWAT dan penyebabnye (ini mengikut pendapat aku sendiri) :-

1- Persekitaran - kotor, berhabuk, bersarang khususnya kawasan tempat tidur
2- Pemakanan - berminyak, kacang, sambal belacan, seafood o wuteva
3- Produk anti jerawat yang tidak serasi dengan kulit muka
4- Emosi yang tidak menentu
5- Penggunaan alat solek yang tidak sesuai (bedak miyami buatkan muka ku timbul jerawat)
6- Tidak mencuci muka selepas bermekap
7- Mekap telalu tebal sehingga kulit muka tiada ruang untuk bernafas
8- Picit jerawat and the jerawat tak keluar ponnn..tp parut pulak yg tinggal 


Macam-macam cara aku buat untuk hapuskan jerawat terus dari mukaku selamanya. Kebanyakannya cara adalah tradisional sebab dulu aku tak mampu nak beli produk mahal2 bagai, udah tu kena beli 1 set plak...eden mane mampu cik jah oiiiii. Uolls nak tao ape aku buat??


1- Tempek asam jawa kat muka and hasilnya tidak berkesan ponnn
2- Madu asli and hasilnya agak berkesan tapi makan masa
3- Kulit kayu manis yg ditumbuk halus and hasilnya betol2 merosakkan muka aku (padan muka kan..damn)
4- Oxy and hasilnya berkesan tapi kulit muka jadi kering
5- Perahan limau nipis and hasilnya aku tak nampak pon kesannya..MEREPEK!


Dan sekarang alhamdulillah, kulit muka ku dah kembali normal. At first, aku try produk VidaBeauty and after that tukar pada TiaAmelia sebab produk vida baru keluar time tu dan susah gile nak dapat. Sekarang even timbul jerawat pon, tak risau sangat sebab ia akan cepat hilang dan never leave the parut at all.


p/s : Yang penting harus ikut keperluan kulit. Sucikan hati dan teruskan berusaha, insyallah berjaya!

Saturday 28 January 2012

Jauhi Legging dari Hijab

Hari ni aku nak cerita pasal 'Legging' atau dalam bahasa pasarnya disebut pakaian dalaman yang ketat, nipis yang bila dipakai akan melekat sejibik kat bontot, paha dan kaki. Korang yang bace blog aku nih kenal tak ape tu legging? Ok good, aku tau korang semua sangat haptudet tentang fesyen. 

Sekarang ni ibarat trend pakai legging khususnya bagi yg bertudung. Errrr..aku mengaku dulu aku penah jadi mangsa legging..hoho. Yela..tengok orang pakai, kite pon gedix nak pakai..tapi biasanya aku padankan dengan dress labuh paras paha. Tapi sekarang.....oh tidak lagi sama sekali! Sebab aku rasa ia sangat menyeksakan mata yg memandang..biar la orang nak kata aku ni tak pendai berfesyen ke hape ke sebab banyak lagi outfit laen yang boleh dipakai...mak TAK KESA pon oke!

Di dalam hadis sendiri pon, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
 


PERHATIAN : Pakai legging bersama hijab merupakan salah satu kesalahan dalam berfesyen..jangan pula lepas ni anda yang menjadi mangsa Fashion Police (they alls celupar btw)


 
p/s : Juga tak suka tengok preggy woman pakai baju ketat2..terbojol perut u yg seksi tuuu..pkai preggy outfit most better... =)

Saturday 14 January 2012

Morocco Renda Kasih buat hati terpaut...

Wow..it's been a long time since i haven't update my lovely blog! Quite busy so far..hmm

Btw, entry kali ni haku nk update pasal TUDUNG terbaru yang HOT lagi mendapat sambutan hangat bak goreng pisang panas gitu. Tudung ni lebih kurang je dengan tudung Syria Morocco yang aku penah cite dulu cuma ditambah sedikit renda pada bahagian tepi yg mana menambahkan lagi keanggunan dan ke'CUTE'an kepada si dara. 

Ok..pada sesiapa yg dah jatuh cinta dengan tudung ni, sila tinggalkan komen anda bawah post ni. Tertakluk pada stok~

 Jenis TUDUNG : Morocco Renda Kasih
Tudung ni takde awning keras..tapi senang je nak bentuk 
Saiz didapati : M sahaja
Harga : RM28(tidak termasuk kos penghantaran)

CODE ITEM : MRK100 (SOLD OUT)
CODE ITEM : MRK200 (SOLD OUT)
CODE ITEM : MRK300 (AVAILABLE)

CODE ITEM : MRK400 (SOLD OUT)

CODE ITEM : MRK500 (SOLD OUT)

CODE ITEM : MRK600 (AVAILABLE)

CODE ITEM : MRK700 (AVAILABLE)


p/s  :  Banyak lagi design tudung baru yg akan saya update. So stay tuned ya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...