Saturday 26 November 2011

Tentang 1 Muharram

Assalamualaikum sume...

1 dunia tahu bahawasanya esok, hari Ahad bersamaan 1 Muharram 1433H. Pada yg tak tao pasti tertanya-tanya eh ada apa dengan esok? Cuti bola sebab menang pingat emas kah? atau cuti peristiwakah? haha...jangan pandai2 Oke! Tibanya hari esok bermakna kedatangan tahun baru utk umat Islam seantero dunia. Pelbagai peristiwa turut berlaku di sebalik bulan Maal Hijrah ni...teruskan membaca :

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 haribulan Muharram sebagai hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijrah).

10 Muharam - Juga dikenali sebagai hari 'Asyura'. Pada hari tersebut, banyak terjadi peristiwa penting yg mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yg gigih dan tabah dalam menegakkan keadilah dan kebenaran. Antara peristiwa2 yg telah berlaku pada 10 Muharram ialah:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit. 
    Semoga kedatangan tahun baru ni menjadikan kita manusia baru yg lebih baik dari sebelumnya..amin 




    sumber dari : http://dukeamienerev.blogspot.com

    Friday 25 November 2011

    Cerita tentang bisnes!

    It's FUN bile dpt jumpe kengkawan lame kan. Bole gelak syaiton ramai-ramai, gosip situ sini..haha... and bile dah bertemu empat mata, macam-macam soalan la yang ditanya..grrr dan soalan yang agak familiar antaranya 'eh ko buat ape eh sekarang?, 'ko tanak sambung belajar ke?', 'eh bila ko nak kawen ha?', n blablabla... ( aduiiii sometimes fenin nak jawab =)

    Ceritanya macam hari tu,  bila iolls ketemu my schoolmate. Mula la they all serang gegul bertubi-tubi (nakal taw diorang..hiks). Antara soklan yang diorang tanya is how bout my business so far? is it running smoothly??? errrrrr..

    Okay, firstly the intro is business apa pon yang kita buat, kalau tak cukup sabar, sila la berundur..don't ask me why! 

    Business selling hijab as for me okay what..it's not that hard, and it's not that easy actually! Semakin hari, semakin laris kerana purata dalam sebulan kaum wanita akan bertukar-tukar tudung sehingga 2 helai, 5 helai.. tak kira yang mahal atau murah! Terutama sekali bagi wanita yang berkerjaya. Yela..takkan nak pakai tudung yang sama tiap minggu kot (tak malu ke nanti orang ngumpat??!)..hiks. betol tak?

    So, berbaloi la pada usahawan like me yang ambil risiko untuk buat bisnes ni kan. Ape yg penting regular customer mesti ada then baru la boleh maintain income tetiap bulan! And if you guyz ada duit lebih, jadi la wholesaler, perghhh tak rugi kot. Ada jiran aku tu siap pakai hilux sekarang since jadi pemborong tudung..huhu..

    Apa yang penting, kena kreatif la dalam memilih fesyen tudung yang berlambak kat market sekarang...So, orang suka, kita pon senang hati =)

    p/s : jom buat bisnes!

    tiut ta titewwwww??!..hiks ^_=

    Wednesday 23 November 2011

    Siapakah??

    Hujan turun mencurah ke bumi...
    Pohon-pohon kayu dibasahi titisan air dari langit...
    Itik-itik riang berenang...
    Perut berlagu girang...
    Minda gundah bermain dengan perasaan..
    Siapa yang ada di fikiran???
    Siapakah??
    atau 
    apakah???

    jeng..jeng..jeng


    Wordless Wednesday : wootttt woootttt

    Saturday 19 November 2011

    Tips : Bila perempuan berkata......

    Oke (dlm mood teruja) aku buat entry ni khas untuk si lelaki / bf yang mengalami masalah untuk memahami sesetengah kaum wanita / gf sendiri. Ingat, 1 perkataan je membawa maksud yg cukup mendalam derrrr..

    *FINE
    Perempuan suka guna ni utk hentikan pergaduhan, lebih2 lagi bila dia rasa dia yg betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

    *LIMA MINIT
    Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dgn lima minit yg perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

    *TAKDE APA-APA
    Bermakna "something" dan anda perlu berjaga2! Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

    *PERGILAH! (dengan kening terangkat)
    Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan jadi marah dgn 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dgn 'FINE'. PERGILAH (dgn kening biasa). Ini bermakna 'mengalah' / 'buat je la pe yg awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dgn 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dgn anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

    *MENGELUH YANG KUAT
    'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yg bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

    *MENGELUH YANG PERLAHAN

    Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jgn buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

    *OKAYLAH
    Kenyataan paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yg telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunye digunakan dgn 'FINE' bsama 'Kening Yang Terangkat'.

    *BUATLAH
    Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

    *TOLONGLAH

    Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

    TERIMA KASIH
    Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

    *TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

    Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

    p/s : Lelaki, please be alert ye =)

    Perut anda muncet? Tips Please!

    Lately aku mendapatkan bahawasanya perut yang dicintai sudah kenampakan agak muncet sedikit(sedikit #jepon). Yela..bile makan tak hengat, then after dah telan sume baru nak kecoh like "eh asal perut aku cam muncet je?", "aku rasa berat badan aku 'macam' dah naik lol", "ni kes makan big mac la ni" ha..patut kew? Makanan plak yg bersalah disitu...errr

    Bimbang? resah? atau bingung apa yang harus dilakukan??? Ouh come on... take a deep breath!!!

    Tapi betollll..as a gegul, MEMANG kurang cantik kalau perut muncet, nak-nak kalau pakai baju ketat sampai tersembul perut uollz yang ..!!???..homaiiii tak sanggup gegulzzz! Lain la if u get pegnen, itu memang SEKSI..hoho

    Ok btw kat sini, aku cadangkan some tips for those (tuk diri seniri jugek) yg berhajat mahu kempiskan perut yg nampak agak mancung ke depan ituuuuuus, cekidaut :- 

    >>> Elakkan makanan berminyak & mengandungi garam/gula yg tinggi.Elakkan juga makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna yg terlalu tinggi kandungannya.    

    >>>Minum banyak air & kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori.  

    >>>Pastikan makanan/tenaga yg masuk tidak melebihi tenaga keluar. Jika makan banyak maka aktiviti yang dilakukan juga perlu banyak. 

    >>>Kurangkan pengambilan nasi. Ambil sekali sehari sudah memadai. - disarankan puasa sunat utk tambah berkat..

    >>>Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan atau semasa berdiri. Tarik nafas untuk merapatkan pusat dengan tulang belakang. 

    >>>Rajin-rajinlah melakukan aktiviti riadah. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti.

        What a simple and easy, right?? Kalo tak berhasil jugak, erm ...boleh la ke SLIM WORLD..OKBAI :D


        p/s : Perut riang, hati senang..kuikuikui
         
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...