Saturday 19 November 2011

Tips : Bila perempuan berkata......

Oke (dlm mood teruja) aku buat entry ni khas untuk si lelaki / bf yang mengalami masalah untuk memahami sesetengah kaum wanita / gf sendiri. Ingat, 1 perkataan je membawa maksud yg cukup mendalam derrrr..

*FINE
Perempuan suka guna ni utk hentikan pergaduhan, lebih2 lagi bila dia rasa dia yg betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

*LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dgn lima minit yg perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

*TAKDE APA-APA
Bermakna "something" dan anda perlu berjaga2! Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

*PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan jadi marah dgn 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dgn 'FINE'. PERGILAH (dgn kening biasa). Ini bermakna 'mengalah' / 'buat je la pe yg awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dgn 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dgn anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

*MENGELUH YANG KUAT
'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yg bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

*MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jgn buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

*OKAYLAH
Kenyataan paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yg telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunye digunakan dgn 'FINE' bsama 'Kening Yang Terangkat'.

*BUATLAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

*TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

*TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

p/s : Lelaki, please be alert ye =)

No comments:

Post a Comment

Fabulous people said

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...