Saturday 31 December 2011

2012 is coming

Btw, kurang setengah jam dari sekarang, all people over the world gonna celebrates a new year, it's 2012. Ha ape lagi pada korang, korang dan korang yang belum buat hajat lagi atau dalam bahase omputihnye 'make a wish, sila-sila berbuat demikian dengan mengambil sebatang pen pastu tulis kat memane korang suke.. lengan, tapak tangan, paha, hati ponnnn bole..... ato memane je ah korang suke..lantak! Asal korang tulis ape yang korang nak capai sepanjang tahun baru nih.....tak buat rugi tahu..

Tadi sambil gegul ratah kaki ayam kan,  sempat lagi la gegul pikiaq dalam hati ape yang gegul hajati sepanjang tahun baru ni...lalalalala =) EH kena share ngan korang ke???? Hmm..oKAY.. berpegang pada pepatah sharing is caring, here i put just another part of it (hehe..some things might be personal yeah) :>

1. Menjadi manusia yg lebih +ve, tidak cepat melatah dan disayangi ramai!  bunyi cam cliche kan? errrr aku punye suke dowww

2. Memajukan dan meluaskan lagi business kuh hingga dikenali ramai..insyaallah

3. Mematangkan diri dalam setiap segi (almaklum le umur makin meningkat nih kn...ihihihi)

4. Memiliki one smart phone.. (only one)

5. Menjadi kebanggaan keluarga.................semestinya!

6. Mengharapkan keredhaan dan kebahagiaan berpanjangan atas hubungan yg dibina...aminnnnn, insyaallah


Okeh, itu je yang gegul nak kongsi dengan uollz sume. The rest???? Biarlah resia...hiks~ But wait, camne ngan korang plak?? meh cni cni kongsi ngan gegul meh...

Sambil-sambil tu, jum kite countdown sesame...yeahaaaa.... Happy New Year guyz!





Goodbye 2011, Welcome 2012
 

Sunday 25 December 2011

Doa Pengasih? Boleh ke diamalkan?

Pernah tak korang dengar pasal doa pengasih?? Boleh ke kite org Islam amalkan?? Untuk pengetahuan korang, artis pujaan ramai yg cun melecun plus hot melampau, Neelofa juga tidak menafikan dia mengamalkan doa pengasih. Hurm agak2 korang, untuk apa doa pengasih ni ye? Nak tahu? Oke..jom cekidaut ---

sumber dari : http://www.resepirahsiaku.com/2010/12/doa-pengasih-untuk-si-dia.html

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yg dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimenterakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.

Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.


Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)


Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

Cara-caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.


Ajal maut di tangan Allah..takziah

Hep guys..how's your day going on? Hopefully, eveything is fine..insyaallah


Jam 1 lebih pagi tadi, aku dapat msg yang agak menyedihkan from my close cousin...very sad news. Seriously, time bangun nak pergi kije baru bukak msg tu..! Anyway, before that aku nak ucapkan takziah untuk one of my sedara yg baru kehilangan isteri tercinta yg dikahwini awal tahun ini saat melahirkan anak sulung diorang. Innalillahi wainnailaihiraji'un.. Sekarang baby diorang still 50-50..wish the baby is safe.

Dari apa yang diberitahu, awalnya dia bersalin secara normal, then after doktor lepas jahit, dia mengalami komplikasi pendarahan yang agak kritikal. Difahamkan, hospital swasta tu kekurangan darah untuk menampung. Dalam kes ni, maybe kecuaian pihak hospital untuk menyediakan bekalan darah harus dipersoalkan!!

Jujur aku pun tak berapa rapat sangat dengan sedara aku ni..tapi yang aku tahu wife dia memang lemah lembut, bertudung labuh, dan sopan santun orangnya! Tak kisah la apa pun tapi uollz boleh bayangkan tak betapa mulianya cara dia meninggal dunia? Iaitu saat melahirkan anak.. adakah ia dikira mati syahid?? wallahualam..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman....


p/s : ajal menjemput tak kire masa, tempat & keadaan...

UPDATE : Baby is safe...3.4kg..Thanks Allah

Sunday 18 December 2011

Tips : Cantik semulajadi

1. Sememangnya, setiap wanita di dunia mengimpikan kulit wajah yang licin, cerah, gebu dan menawan tanpa sebarang cela. Now, aku nak bagi teka-teki kat uollz.. Agaknya siapa artis kat malaysia yang memiliki kulit wajah yang semulajadi cantik??? Tettttttt... jawapannya lisa surihani.. Setuju? Look at her photo below and make comparisons. For me, she still look beautiful even without make up on...and see, there's no much different between both photos. What a beautiful Lisa!
lisa surihani ; before and after make up



2. Hottest and sexiest supermodel, she is kim kardashian! Homaiiiii..her black long hair is so adorable..love it.love it.. Opppssss.. mak terover plaks. Back to the topic, Look at the photo after and before she put a make up. Oh damn, a little bit pale rite there...agree??? (macam muka baru bangun tidur pon ade..kui3)
super lovely kim kardashian


3. Marimar oh marimar! Aku layan cite ni pon sebab tak puas tengok muka si Marimar ni. For me, she is jelita. Cun melecun, right? Pernah sekali aku bisik dalam hati "wah beruntungnyaaa jadi dia ni..dah la cantek, hidung mancung, ade lesung ppit lak tu" grrrr...bertuah badan! Dan dia sememangnye memiliki kulit yang rupawan lagi menawan.. Even tanpa mekap tebal, kecantikannya terserlah..oh kakakku =_*

beautiful marian rivera


Siapa taknak memiliki kulit yang semulajadi sihat, licin dan cantik berseri seperti mereka, betul tak?? Actually mudah je, apa kata layan TIPS yang very simple like abc cekodok basi nih..mana tau mujarab? cekidaut >>

1- Katakan tidak kpd merokok - Merokok hanya menjadikan kulit lebih cepat berkedut kerana ia membunuh sel hidup serta kolagen yg supposed to be mengurangkan tanda penuaan.

2- Air masak kulit cantik - Minum skurang-kurangnye 8gelas sehari kerana ia mempunyai banyak khasiat,salah satunya dapat membantu kita mengurangkan berat badan..percaya tak???

3- Krim pelindung matahari - Sebelum keluar, sebaiknya memakai krim pelindung / sunblock (tia amelia ponnn bole) kerana ia akan melambatkan proses penuaan juga kalo bole elakkan berjemur bawah sinar terik mentari.

4- Makan sayuran/buahan - Untuk kelihatan lebih muda, perbanyakkan vitamin C & E dalam pemakanan kerana ia boleh meningkatkan kolagen dalam kulit kita. 

5- Tidur yg cukup - Minimum tidur 8 jam sehari. Biasanya, orang yg tidak mendapat tidur dan rehat yg cukup akan kelihatan jelas pada kulit wajahnya yg lesu,kusam dan tidak bermaya. 

Add-ons (saranan mizzwany) juga meliputi :

6 - buat facial sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. (kat rumah pon boleee)

7 - pakai pelembap muka sebelum keluar. HARUS 
8 - sebelum tidur, pastikan muka bebas dari sebarang mekap...no no no!
9 - produk vidabeauty dan tia amelia memang terbukti berkesan untuk kulit muka berjerawat..hahah.. cubalah =)
10 - dan yg last sekali..ini PENTING! hati tu mesti bersih! jangan asyik nak mengumpat orang je...berdosa tawu...berdosa..patutla muke tak berseri,hati busuk rupanya...gagagaaga (larikkkk)

Wednesday 14 December 2011

Wordless Wednesday =)


what is wordless wednesday? 
click >>>
:..wordless wednesday ..:

Friday 9 December 2011

Promosi Akhir Tahun 2011

1- Bosan melihat koleksi shawl/selendang yang dirotate setiap minggu sampai kekadang terpaksa meminjam dari teman2 apabila menghadiri suatu majlis??

2- 'eh eh cantiknye shawl tu...tapi erm duet plak takde...tunggu gaji hujung bulan nanti la'!

>> Pernah menghadapi situasi berikut???? Jgn risau >>

Nah,sempena PROMOSI penghujung tahun 2011, kami menawarkan harga yg meletop,kebaboom
lagi panas...!!

Pernah lihat@perasan akan shawl yg digayakan artis berikut :-

Pencinta muka buku

Yuna and hana tajima

gorgeous diana amir

  
Ya...inilah dia....material SATIN
dengan 3 TONE warna yg menyerlah lagi terserlah!

white+grey+black
skyblue+light skyblue+royal blue
white+pink+black
gold+dark orange+black

yellowgreen+olivedrab+darkgreen

magenta+purple+indigo
yellow+orange+red

hanya 10 RINGGIT sahaja...

Jadi, apalagi tunggu???? Jom, tambahkan koleksi anda sementara stok masih ada!

 
*Harga tidak termasuk kos penghantaran

*Jika berminat, sila ke facebook LovelyHijab untuk detail pembelian...terima kasih!!!

PERHATIAN : 

PROMOSI dilanjutkan sehingga AKHIR BULAN JANUARI 2012.  

UPDATE > PROMOTION ENDS!!!

Thursday 8 December 2011

VIDEO : Kenapa kaum hawa wajib bertudung!!!


I HAVE NO RIGHT TO ASK YOU WEARING HIJAB!!! It's up to you...

yang penting hati mesti bersih & ikhlas......

CHILL ^__________^

p/s : semoga sebahagian dari anda akan mendapat hidayahNya... 

2011 Year End Special Promotion

Come shoppe here today to get a special price throughout this Year End Sale!
First come, First serve.

MAGHI GHAMA GHAMA AJOK MOK,ADIK,KAKOK,NENEK dehhhhh =)
di
D'wanyss Gallery
(Hadapan pasaraya PKT, bersebelahan Klinik Perdana)
^__________^

WOW..ADA DISKAUN HARGA MENARIK MENANTI ANDA!!!
Jommmm

Wednesday 7 December 2011

Sometimes he's so sweet

Oh malam ni adalah malam jiwang okeh! hahah..ape aku pedulik...ini belog haku, haku punye suke lah! Tadi, aku godek2 hp tercinta dan terjumpe meset indah yg hampir aku lupe (hampir tapi belom lupe..fuh) sebab dikasi 2 tahun lepas same my mr.right! #credit to him for a wonderful words ------ HERE IT IS >>>

Apa jua yang kau lakukan
Kau adalah kau
dan apa yang ku tahu adalah semuanya kau
Kerana kau adalah penulis mulanya kisah hidupku
Maka kau jua adalah pasti penulis pabila matinya watakku
Kau meletakkan nokhtah penamat di dalam kisah itu,
Hidupku dibasuhi dengan cinta kau
dan matiku sudah pasti ketika kau 
berada di dalam hatiku...
Kau sedar dan ku tahu
Apa erti aku dan apa makna kau
Sebab itu aku namakan kau 
CINTA SEJATI...

p/s : mustahil aku tak fall in love dgn dye...! IMY :(

Wordless Wednesday =)



Thursday 1 December 2011

Terjiwang baca puisi ZahirilAdzim

Bila cinta berakhir dengan ikatan perkahwinan..! oh indahnyaa...
Bila seseorang yg dicintai menghargai diri kita seadanya..! oh bertuahnye...

Apsal aku jiwang sangat ney?? haha..

Tadi time aku tengah syok godek2 blog orang, aku terjumpa satu cerita pasal pelakon yang tengah up skunk ni...Zahiril adzim (pelakon cite juvana). Tak kenal? Berapa lama tak bayar bil letrik?? haha..ok wuteva..


Ceritanya...tadi aku terjiwang siot ('ter'okeh) bila baca puisi yang tak salah aku dikarang sendiri oleh si suami. Omakaw puitis sungguh wa cakap lu. (sile sediakan tisu scotts 10 kotak sebelum membacanya) :

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


dia pon nanges..ish3 mane aku tak terharu :(
 
p/s : to person who knows who you are :- you hold my heart..IMY..hiks ♥♥
  
Kredit puisi kepada – gua.com.my 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...