Friday 24 June 2011

Tips : Tangani breast cancer sebelum terlambat

Simptom kanser payudara: 

    * Ketulan pd payudara dan makin jelas ketika haid 
    * Benjolan di bwh ketiak.
    * Pendarahan / lelehan dari puting payu dara
    * Perubahan bentuk payu dara
    * Kulit payu dara / puting yg tertarik ke dalam

4 peringkat: 
 
Peringkat Pertama (Awal): Besarnya < dari 2cm dan tidak merebak di kelenjar ketiak serta tiada pengesanan imbasan ygg ianya merebak ke bahagian badan lain. 


Peringkat ke 2: Saiz kanser ini ialah antara 2cm 5 cm, telah merebak ke kelenjar ketiak ttp tidak ke bahagian lain. 

Peringkat ke 3: Saiznya > dari 5cm dan merebak ke kelenjar ketiak juga ke kelenjar leher,blh dirasa dgn tgn benjolannya ttp tiada pengesanan ke bahagian bdn lain.

Peringkat ke 4: (Lanjut): Saiznya boleh jadi kecil / besar, telah merebak ke kelenjar ketiak & leher serta merebak di bahagian badan lain spt paru2, tulang belakang, otak, hati & dll.
 

Penyebab berlakunya kanser payudara : 

>> Diet Tidak Seimbang Dan Kadar Asid Yang Tinggi Di Dalam Badan..
 
Makanan yg terlalu berlemak mempunyai lebih banyak kemudaratan. Diet yang tidak seimbang juga menyebabkan badan kita lebih berasid. Ini faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan kita.

Daging merah menyebabkan badan kita mempunyai kadar asid yang tinggi. Manakala sayur-sayuran mempunyai kadar alkali yang tinggi. Begitu juga dengan serat di dalam bijirin terutamanya biji buah Apricot dan buhan-buahan. Mengambil banyak sayuran hijau dan buahan berserat tinggi membantu merendahkan kadar asid di dalam badan.

>> Pengambilan Pil Perancang Keluarga 


Mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh yang lama juga meninggikan kebarangkalian untuk seseorang wanita mengidap kanser payudara.

>> Dedahan kepada Radiasi 


Dedahan kepada kadar radiasi yg melampau @ kerap adalah punca kpd kerosakan DNA kita, terutama di sistem darah dan kelenjar kita. Walau bagaimanapun, x-ray dada dan mammogram mempunyai kadar radiasi yang rendah dan tidak menyumbang kepada kerosakan DNA serta punca kerosakan sel badan yg menyebabkan kanser.

>> Dedahan kepada Agen-agen Berkarsinogen 


Makanan yg dimasak menggunakan minyak jelantah (Minyak yang telah diguna berkali-kali) mempunyai kadar karsinogen yang tinggi. Apakah karsinogen? Karsinogen ialah satu bahan/material yang menghasilkan kanser. Sebaiknya buang minyak setelah 2-3 kali menggunakannya.

>> Memakan makanan yang dipanggang atau di-gril. 


Satay, ayam percik, kebab, ikan panggang antara makanan yg dimasak dgn proses tersebut. Jika ingin memakannya, pastikan bahagian yg terbakar @ hangus dikikis kerana di situlah karsinogen terkumpul. Jika memakan satay pula, pastikan timunnya dimakan juga krn ianya meneutralkan karsinogen yg ada pd satay itu. 


p/s : Jage pemakanan as well sbb kanser ni actually berpunca dari apa yang masuk ke dalam mulut kita sendiri...sayangi diri anda sebelom terlambat =)

 

No comments:

Post a Comment

Fabulous people said

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...