Saturday 31 December 2011

2012 is coming

Btw, kurang setengah jam dari sekarang, all people over the world gonna celebrates a new year, it's 2012. Ha ape lagi pada korang, korang dan korang yang belum buat hajat lagi atau dalam bahase omputihnye 'make a wish, sila-sila berbuat demikian dengan mengambil sebatang pen pastu tulis kat memane korang suke.. lengan, tapak tangan, paha, hati ponnnn bole..... ato memane je ah korang suke..lantak! Asal korang tulis ape yang korang nak capai sepanjang tahun baru nih.....tak buat rugi tahu..

Tadi sambil gegul ratah kaki ayam kan,  sempat lagi la gegul pikiaq dalam hati ape yang gegul hajati sepanjang tahun baru ni...lalalalala =) EH kena share ngan korang ke???? Hmm..oKAY.. berpegang pada pepatah sharing is caring, here i put just another part of it (hehe..some things might be personal yeah) :>

1. Menjadi manusia yg lebih +ve, tidak cepat melatah dan disayangi ramai!  bunyi cam cliche kan? errrr aku punye suke dowww

2. Memajukan dan meluaskan lagi business kuh hingga dikenali ramai..insyaallah

3. Mematangkan diri dalam setiap segi (almaklum le umur makin meningkat nih kn...ihihihi)

4. Memiliki one smart phone.. (only one)

5. Menjadi kebanggaan keluarga.................semestinya!

6. Mengharapkan keredhaan dan kebahagiaan berpanjangan atas hubungan yg dibina...aminnnnn, insyaallah


Okeh, itu je yang gegul nak kongsi dengan uollz sume. The rest???? Biarlah resia...hiks~ But wait, camne ngan korang plak?? meh cni cni kongsi ngan gegul meh...

Sambil-sambil tu, jum kite countdown sesame...yeahaaaa.... Happy New Year guyz!





Goodbye 2011, Welcome 2012
 

Sunday 25 December 2011

Doa Pengasih? Boleh ke diamalkan?

Pernah tak korang dengar pasal doa pengasih?? Boleh ke kite org Islam amalkan?? Untuk pengetahuan korang, artis pujaan ramai yg cun melecun plus hot melampau, Neelofa juga tidak menafikan dia mengamalkan doa pengasih. Hurm agak2 korang, untuk apa doa pengasih ni ye? Nak tahu? Oke..jom cekidaut ---

sumber dari : http://www.resepirahsiaku.com/2010/12/doa-pengasih-untuk-si-dia.html

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yg dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimenterakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.

Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.


Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)


Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

Cara-caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.


Ajal maut di tangan Allah..takziah

Hep guys..how's your day going on? Hopefully, eveything is fine..insyaallah


Jam 1 lebih pagi tadi, aku dapat msg yang agak menyedihkan from my close cousin...very sad news. Seriously, time bangun nak pergi kije baru bukak msg tu..! Anyway, before that aku nak ucapkan takziah untuk one of my sedara yg baru kehilangan isteri tercinta yg dikahwini awal tahun ini saat melahirkan anak sulung diorang. Innalillahi wainnailaihiraji'un.. Sekarang baby diorang still 50-50..wish the baby is safe.

Dari apa yang diberitahu, awalnya dia bersalin secara normal, then after doktor lepas jahit, dia mengalami komplikasi pendarahan yang agak kritikal. Difahamkan, hospital swasta tu kekurangan darah untuk menampung. Dalam kes ni, maybe kecuaian pihak hospital untuk menyediakan bekalan darah harus dipersoalkan!!

Jujur aku pun tak berapa rapat sangat dengan sedara aku ni..tapi yang aku tahu wife dia memang lemah lembut, bertudung labuh, dan sopan santun orangnya! Tak kisah la apa pun tapi uollz boleh bayangkan tak betapa mulianya cara dia meninggal dunia? Iaitu saat melahirkan anak.. adakah ia dikira mati syahid?? wallahualam..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman....


p/s : ajal menjemput tak kire masa, tempat & keadaan...

UPDATE : Baby is safe...3.4kg..Thanks Allah

Sunday 18 December 2011

Tips : Cantik semulajadi

1. Sememangnya, setiap wanita di dunia mengimpikan kulit wajah yang licin, cerah, gebu dan menawan tanpa sebarang cela. Now, aku nak bagi teka-teki kat uollz.. Agaknya siapa artis kat malaysia yang memiliki kulit wajah yang semulajadi cantik??? Tettttttt... jawapannya lisa surihani.. Setuju? Look at her photo below and make comparisons. For me, she still look beautiful even without make up on...and see, there's no much different between both photos. What a beautiful Lisa!
lisa surihani ; before and after make up



2. Hottest and sexiest supermodel, she is kim kardashian! Homaiiiii..her black long hair is so adorable..love it.love it.. Opppssss.. mak terover plaks. Back to the topic, Look at the photo after and before she put a make up. Oh damn, a little bit pale rite there...agree??? (macam muka baru bangun tidur pon ade..kui3)
super lovely kim kardashian


3. Marimar oh marimar! Aku layan cite ni pon sebab tak puas tengok muka si Marimar ni. For me, she is jelita. Cun melecun, right? Pernah sekali aku bisik dalam hati "wah beruntungnyaaa jadi dia ni..dah la cantek, hidung mancung, ade lesung ppit lak tu" grrrr...bertuah badan! Dan dia sememangnye memiliki kulit yang rupawan lagi menawan.. Even tanpa mekap tebal, kecantikannya terserlah..oh kakakku =_*

beautiful marian rivera


Siapa taknak memiliki kulit yang semulajadi sihat, licin dan cantik berseri seperti mereka, betul tak?? Actually mudah je, apa kata layan TIPS yang very simple like abc cekodok basi nih..mana tau mujarab? cekidaut >>

1- Katakan tidak kpd merokok - Merokok hanya menjadikan kulit lebih cepat berkedut kerana ia membunuh sel hidup serta kolagen yg supposed to be mengurangkan tanda penuaan.

2- Air masak kulit cantik - Minum skurang-kurangnye 8gelas sehari kerana ia mempunyai banyak khasiat,salah satunya dapat membantu kita mengurangkan berat badan..percaya tak???

3- Krim pelindung matahari - Sebelum keluar, sebaiknya memakai krim pelindung / sunblock (tia amelia ponnn bole) kerana ia akan melambatkan proses penuaan juga kalo bole elakkan berjemur bawah sinar terik mentari.

4- Makan sayuran/buahan - Untuk kelihatan lebih muda, perbanyakkan vitamin C & E dalam pemakanan kerana ia boleh meningkatkan kolagen dalam kulit kita. 

5- Tidur yg cukup - Minimum tidur 8 jam sehari. Biasanya, orang yg tidak mendapat tidur dan rehat yg cukup akan kelihatan jelas pada kulit wajahnya yg lesu,kusam dan tidak bermaya. 

Add-ons (saranan mizzwany) juga meliputi :

6 - buat facial sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. (kat rumah pon boleee)

7 - pakai pelembap muka sebelum keluar. HARUS 
8 - sebelum tidur, pastikan muka bebas dari sebarang mekap...no no no!
9 - produk vidabeauty dan tia amelia memang terbukti berkesan untuk kulit muka berjerawat..hahah.. cubalah =)
10 - dan yg last sekali..ini PENTING! hati tu mesti bersih! jangan asyik nak mengumpat orang je...berdosa tawu...berdosa..patutla muke tak berseri,hati busuk rupanya...gagagaaga (larikkkk)

Wednesday 14 December 2011

Wordless Wednesday =)


what is wordless wednesday? 
click >>>
:..wordless wednesday ..:

Friday 9 December 2011

Promosi Akhir Tahun 2011

1- Bosan melihat koleksi shawl/selendang yang dirotate setiap minggu sampai kekadang terpaksa meminjam dari teman2 apabila menghadiri suatu majlis??

2- 'eh eh cantiknye shawl tu...tapi erm duet plak takde...tunggu gaji hujung bulan nanti la'!

>> Pernah menghadapi situasi berikut???? Jgn risau >>

Nah,sempena PROMOSI penghujung tahun 2011, kami menawarkan harga yg meletop,kebaboom
lagi panas...!!

Pernah lihat@perasan akan shawl yg digayakan artis berikut :-

Pencinta muka buku

Yuna and hana tajima

gorgeous diana amir

  
Ya...inilah dia....material SATIN
dengan 3 TONE warna yg menyerlah lagi terserlah!

white+grey+black
skyblue+light skyblue+royal blue
white+pink+black
gold+dark orange+black

yellowgreen+olivedrab+darkgreen

magenta+purple+indigo
yellow+orange+red

hanya 10 RINGGIT sahaja...

Jadi, apalagi tunggu???? Jom, tambahkan koleksi anda sementara stok masih ada!

 
*Harga tidak termasuk kos penghantaran

*Jika berminat, sila ke facebook LovelyHijab untuk detail pembelian...terima kasih!!!

PERHATIAN : 

PROMOSI dilanjutkan sehingga AKHIR BULAN JANUARI 2012.  

UPDATE > PROMOTION ENDS!!!

Thursday 8 December 2011

VIDEO : Kenapa kaum hawa wajib bertudung!!!


I HAVE NO RIGHT TO ASK YOU WEARING HIJAB!!! It's up to you...

yang penting hati mesti bersih & ikhlas......

CHILL ^__________^

p/s : semoga sebahagian dari anda akan mendapat hidayahNya... 

2011 Year End Special Promotion

Come shoppe here today to get a special price throughout this Year End Sale!
First come, First serve.

MAGHI GHAMA GHAMA AJOK MOK,ADIK,KAKOK,NENEK dehhhhh =)
di
D'wanyss Gallery
(Hadapan pasaraya PKT, bersebelahan Klinik Perdana)
^__________^

WOW..ADA DISKAUN HARGA MENARIK MENANTI ANDA!!!
Jommmm

Wednesday 7 December 2011

Sometimes he's so sweet

Oh malam ni adalah malam jiwang okeh! hahah..ape aku pedulik...ini belog haku, haku punye suke lah! Tadi, aku godek2 hp tercinta dan terjumpe meset indah yg hampir aku lupe (hampir tapi belom lupe..fuh) sebab dikasi 2 tahun lepas same my mr.right! #credit to him for a wonderful words ------ HERE IT IS >>>

Apa jua yang kau lakukan
Kau adalah kau
dan apa yang ku tahu adalah semuanya kau
Kerana kau adalah penulis mulanya kisah hidupku
Maka kau jua adalah pasti penulis pabila matinya watakku
Kau meletakkan nokhtah penamat di dalam kisah itu,
Hidupku dibasuhi dengan cinta kau
dan matiku sudah pasti ketika kau 
berada di dalam hatiku...
Kau sedar dan ku tahu
Apa erti aku dan apa makna kau
Sebab itu aku namakan kau 
CINTA SEJATI...

p/s : mustahil aku tak fall in love dgn dye...! IMY :(

Wordless Wednesday =)



Thursday 1 December 2011

Terjiwang baca puisi ZahirilAdzim

Bila cinta berakhir dengan ikatan perkahwinan..! oh indahnyaa...
Bila seseorang yg dicintai menghargai diri kita seadanya..! oh bertuahnye...

Apsal aku jiwang sangat ney?? haha..

Tadi time aku tengah syok godek2 blog orang, aku terjumpa satu cerita pasal pelakon yang tengah up skunk ni...Zahiril adzim (pelakon cite juvana). Tak kenal? Berapa lama tak bayar bil letrik?? haha..ok wuteva..


Ceritanya...tadi aku terjiwang siot ('ter'okeh) bila baca puisi yang tak salah aku dikarang sendiri oleh si suami. Omakaw puitis sungguh wa cakap lu. (sile sediakan tisu scotts 10 kotak sebelum membacanya) :

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


dia pon nanges..ish3 mane aku tak terharu :(
 
p/s : to person who knows who you are :- you hold my heart..IMY..hiks ♥♥
  
Kredit puisi kepada – gua.com.my 
 

Saturday 26 November 2011

Tentang 1 Muharram

Assalamualaikum sume...

1 dunia tahu bahawasanya esok, hari Ahad bersamaan 1 Muharram 1433H. Pada yg tak tao pasti tertanya-tanya eh ada apa dengan esok? Cuti bola sebab menang pingat emas kah? atau cuti peristiwakah? haha...jangan pandai2 Oke! Tibanya hari esok bermakna kedatangan tahun baru utk umat Islam seantero dunia. Pelbagai peristiwa turut berlaku di sebalik bulan Maal Hijrah ni...teruskan membaca :

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 haribulan Muharram sebagai hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijrah).

10 Muharam - Juga dikenali sebagai hari 'Asyura'. Pada hari tersebut, banyak terjadi peristiwa penting yg mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yg gigih dan tabah dalam menegakkan keadilah dan kebenaran. Antara peristiwa2 yg telah berlaku pada 10 Muharram ialah:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit. 
    Semoga kedatangan tahun baru ni menjadikan kita manusia baru yg lebih baik dari sebelumnya..amin 




    sumber dari : http://dukeamienerev.blogspot.com

    Friday 25 November 2011

    Cerita tentang bisnes!

    It's FUN bile dpt jumpe kengkawan lame kan. Bole gelak syaiton ramai-ramai, gosip situ sini..haha... and bile dah bertemu empat mata, macam-macam soalan la yang ditanya..grrr dan soalan yang agak familiar antaranya 'eh ko buat ape eh sekarang?, 'ko tanak sambung belajar ke?', 'eh bila ko nak kawen ha?', n blablabla... ( aduiiii sometimes fenin nak jawab =)

    Ceritanya macam hari tu,  bila iolls ketemu my schoolmate. Mula la they all serang gegul bertubi-tubi (nakal taw diorang..hiks). Antara soklan yang diorang tanya is how bout my business so far? is it running smoothly??? errrrrr..

    Okay, firstly the intro is business apa pon yang kita buat, kalau tak cukup sabar, sila la berundur..don't ask me why! 

    Business selling hijab as for me okay what..it's not that hard, and it's not that easy actually! Semakin hari, semakin laris kerana purata dalam sebulan kaum wanita akan bertukar-tukar tudung sehingga 2 helai, 5 helai.. tak kira yang mahal atau murah! Terutama sekali bagi wanita yang berkerjaya. Yela..takkan nak pakai tudung yang sama tiap minggu kot (tak malu ke nanti orang ngumpat??!)..hiks. betol tak?

    So, berbaloi la pada usahawan like me yang ambil risiko untuk buat bisnes ni kan. Ape yg penting regular customer mesti ada then baru la boleh maintain income tetiap bulan! And if you guyz ada duit lebih, jadi la wholesaler, perghhh tak rugi kot. Ada jiran aku tu siap pakai hilux sekarang since jadi pemborong tudung..huhu..

    Apa yang penting, kena kreatif la dalam memilih fesyen tudung yang berlambak kat market sekarang...So, orang suka, kita pon senang hati =)

    p/s : jom buat bisnes!

    tiut ta titewwwww??!..hiks ^_=

    Wednesday 23 November 2011

    Siapakah??

    Hujan turun mencurah ke bumi...
    Pohon-pohon kayu dibasahi titisan air dari langit...
    Itik-itik riang berenang...
    Perut berlagu girang...
    Minda gundah bermain dengan perasaan..
    Siapa yang ada di fikiran???
    Siapakah??
    atau 
    apakah???

    jeng..jeng..jeng


    Wordless Wednesday : wootttt woootttt

    Saturday 19 November 2011

    Tips : Bila perempuan berkata......

    Oke (dlm mood teruja) aku buat entry ni khas untuk si lelaki / bf yang mengalami masalah untuk memahami sesetengah kaum wanita / gf sendiri. Ingat, 1 perkataan je membawa maksud yg cukup mendalam derrrr..

    *FINE
    Perempuan suka guna ni utk hentikan pergaduhan, lebih2 lagi bila dia rasa dia yg betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

    *LIMA MINIT
    Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dgn lima minit yg perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

    *TAKDE APA-APA
    Bermakna "something" dan anda perlu berjaga2! Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

    *PERGILAH! (dengan kening terangkat)
    Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan jadi marah dgn 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dgn 'FINE'. PERGILAH (dgn kening biasa). Ini bermakna 'mengalah' / 'buat je la pe yg awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dgn 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dgn anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

    *MENGELUH YANG KUAT
    'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yg bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

    *MENGELUH YANG PERLAHAN

    Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jgn buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

    *OKAYLAH
    Kenyataan paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yg telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunye digunakan dgn 'FINE' bsama 'Kening Yang Terangkat'.

    *BUATLAH
    Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

    *TOLONGLAH

    Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

    TERIMA KASIH
    Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

    *TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

    Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

    p/s : Lelaki, please be alert ye =)

    Perut anda muncet? Tips Please!

    Lately aku mendapatkan bahawasanya perut yang dicintai sudah kenampakan agak muncet sedikit(sedikit #jepon). Yela..bile makan tak hengat, then after dah telan sume baru nak kecoh like "eh asal perut aku cam muncet je?", "aku rasa berat badan aku 'macam' dah naik lol", "ni kes makan big mac la ni" ha..patut kew? Makanan plak yg bersalah disitu...errr

    Bimbang? resah? atau bingung apa yang harus dilakukan??? Ouh come on... take a deep breath!!!

    Tapi betollll..as a gegul, MEMANG kurang cantik kalau perut muncet, nak-nak kalau pakai baju ketat sampai tersembul perut uollz yang ..!!???..homaiiii tak sanggup gegulzzz! Lain la if u get pegnen, itu memang SEKSI..hoho

    Ok btw kat sini, aku cadangkan some tips for those (tuk diri seniri jugek) yg berhajat mahu kempiskan perut yg nampak agak mancung ke depan ituuuuuus, cekidaut :- 

    >>> Elakkan makanan berminyak & mengandungi garam/gula yg tinggi.Elakkan juga makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna yg terlalu tinggi kandungannya.    

    >>>Minum banyak air & kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori.  

    >>>Pastikan makanan/tenaga yg masuk tidak melebihi tenaga keluar. Jika makan banyak maka aktiviti yang dilakukan juga perlu banyak. 

    >>>Kurangkan pengambilan nasi. Ambil sekali sehari sudah memadai. - disarankan puasa sunat utk tambah berkat..

    >>>Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan atau semasa berdiri. Tarik nafas untuk merapatkan pusat dengan tulang belakang. 

    >>>Rajin-rajinlah melakukan aktiviti riadah. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti.

        What a simple and easy, right?? Kalo tak berhasil jugak, erm ...boleh la ke SLIM WORLD..OKBAI :D


        p/s : Perut riang, hati senang..kuikuikui
         

        Tuesday 11 October 2011

        Today i was 22 y.o

        11th October ; Well, i LOVE this day very much...do u know why???????? Ouh my lovely gucci, this is my BIRTHDAY.. finally it comes right! So, tibanya hari ni bermakna umur aku juga semakin bertambah satu angka di hujungnya. Ouh noooo..am i getting old? ftftftftftftfftftftf 

         
        credit to mom for a lovely cake :)


        Happy birthday to me
        Happy birthday to me
        Happy birthday to wany
        Happy birthday to you
        yeayyyyy :) 



        11-10-11 will stay in memory...i luv this day! we'll see next year..xoxo =)

        Thursday 6 October 2011

        exCEO Apple passed away!

        Oh mak..tkezut i dgr...! Still ingt lagi time kat kolej dlu -- my Com.skill lecturer ade show his video when he speak about iPhone 2 i guess...Ntah..rase mcm dye dekat jew di hati mcm tv9 gito..ahakz..He died laz nite bcoz of pankreas cancer at the age of 56...For me dye seorg yg sgt brilliant,genius and what else? OK..u name it! kire memang otak teknologi abiz dye ni...

        Now, the technology world has lost an iconic, visionary and creative genius whose IT products will continue to delight a generation--- but you know you have do a great job!
         Rest in peace, Steve Jobs!

        Fall in love with felt craft

        Hope it's not too late for me to wish Happy Thursday even hari dah petang..haha. Actually dah taip cket tengahari tadi just tak publish je. Almaklum le a bit ke'busy'an tadi...~~

        Kali ni nak cerita pasal fesyen pakai felt brooch@clip kat shawl. Cute kan? Bila usha kat google gambar felt ni, terus fall in ♥♥♥ especially tengok brooch felt. Wow..so colourful! Kreatif betol sape yang buat tu kan. Uolls ingat senang ke nak potong bagi bentuk tu smooth..pergghhh..perlu ketelitian yang maksimum kat situ. Last week time gi shopping mall, aku usha2 brooch felt ni tapi cuma ada one shop je yang jual benda comel ni.Tapi bentuknya takde la secomel yang aku jumpa kat google ni. Frust kejap!

        Ha...ini la rupe brooch felt yg aku jumpa kat google tu..cute kan!


        p/s : Macam-macam fesyen gegurl sekarang ni..LOL =)

        Monday 3 October 2011

        Perihal gadis Libra

        Afternoon guyz...btw happy Monday! Wish you have an awesome day ever in your life!

        Oke, actually today aku nak cerita kat uollz perihal gadis LIBRA.. Silakan buka mata kucen anda seluasnya =D

        Attention : Libraian girls
         

        Adakah ini personaliti anda? (petikan daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah) :
        • Suka sembang  --- erkkkk???
        • Suka orang yang sayang padanya  --- ok,stuju!
        • Suka ambil jalan tengah  --- sometimes je kot!
        • Sangat menawan & sopan santun  --- (tersipu-sipu)
        • Kecantikan luar & dalam --- wah!
        • Tidak pandai berbohong & berpura-pura  --- kan?? ari 2 da kate!
        • Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan   --- so sweet!
        • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama   --- btol3...
        • Cepat marah   --- jgn cari pasal okay!
        • Macam pentingkan diri sendiri  ---  mcm jew!
        • Tidak menolong orang kecuali diminta  --- berhati2 okeh...
        • Suka melihat dari perspektifnya sendiri  --- sgt btol
        • Tidak suka terima pandangan orang lain   --- no, thanks ya!
        • Emosi yang mudah terusik  ---  touchin weyyy
        • Suka berangan & pandai bercakap  --- see???
        • Emosi yang kelam kabut   --- ade penawar tak?
        • Daya firasat yang sangat kuat  --- ye kew?
        • Suka melancong, bidang sastera & seni  --- wah, tepat sekali!
        • Pengasih, penyayang & lemah lembut  --- hihik...malu!
        • Romantik dalam percintaan   --- errrrrr...ntah
        • Mudah terusik hati & cemburu  --- jgn bt hal yer!
        • Ambil berat tentang orang lain   --- nice kan??
        • Orang yang adil   ---  bole jd pm x???
        • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran   --- errrrr..no komen!
        • Mudah patah semangat  --- maybe!

        Well, disebabkan empunye diri juga berzodiak Libra, nak komen sikit la..heh. 
        I think, apa yg dinyatakan kat atas ada betulnya kot. From 100%, i give 83.975%..

        But right now, the most important part is, i just can't wait to meet my birth DAY again and again..yabedabedu.. Helllllo, only once in a year okeh (haruslah excitedddd).

        So to person who knows who you are, kindly please prepare some surprise and present for me ya =)


        --counting time--

        8 DAYS LEFT till the DAY!

        +_=

          Sunday 2 October 2011

          Songs i love the most!

          Hey hoooo...
          Salam 1 Malaysia to all Malaysian...Feel better today?? GOOD!
          I'm gonna ask everybody-what kind of SONG that you mostly LOVE to hear?? Okay...let me share mine :-

          • As for now, i'm addicted with 'where them girls at'. this song reminds me of somebody (you know who you are!). Remember the last time we both meet?? Haha...miss that time so much..LOL!!
          • I love 'take over' by mizz nina..She's very gorgeous. I dont even care what everybody say about your machine sound! im proud with you..Thumbs up!  
          • Seriously, i don't know why i love to hear 'jar of heart' for a many times! It's weird..haha :P
          • 'Best thing i never had' is such a great song. what goes around comes back around?? really?? dont ask me! I'm in love with it since the 1st time i heard.SO?
          • He adore PITBULL.. so when i start hear his songs, its quite SEMPOI right? haha..i love to hear 'give me everything' while i was driving! DJ..give me one please...!
          • You can 'count on me' like 1,2,3 i'll be there.....you know this song? GOOD! so sweet...i like!!!
          • Sometimes, K-POP dance really impress me. One night, when i was watchin astro 705, 'no other' music video were played. So i watch it till the end. Not bad! I love the dance & their appearance. Tidy and cute!
          • Next, i love to hear 'pokok' by Hazama n MUH. you know why? My lil bro who was 6y.o always play it for hundred times in a day i guess..haha..and he memorize all the lyrics although its quite 'ke laut'..OMG..haha :)

          One's taste is different from others. So, i thought you guyz have your own ideas of what music you like but the most important is you guyz enjoyyyyyy with that ya!

          C u again..bye bye!


           lets enjoy with them..!

          Tuesday 27 September 2011

          Tips : Bioglo ClearPore untuk atasi whitehead/blackhead

          Hey guyz!

          Korang penah beli any things kat COSWAY tak? Ramai yg kate barang cosway most of them kualitinya bagus sebab it mades from China or Korea kalau tak silap la kan. I don't even know sebab tak pernah beli barang kat sana. Tapi tengok pada kiosk Cosway beside my shop, sambutannya menggalakkan (sampai gegul ternampak one customer beli bra machine,ahaks)

          Ok motifnye kat sini, aku nak cerita my first product yang aku beli kat cosway tadi. That is Bioglo ClearPore Deep Cleansing Mask. Cube try test dulu...


          Uolls tau ke apa fungsi produk ni? Actually, ia digunakan untuk remove blackhead/whitehead kat muka. Aku beli pun sebab lately rasa gatal kat bahagian tepi hidung. It feels like ade biji-biji timbul camtu, so confirm la whitehead kan. Kalau dulu, memang selalu picit dengan besi jerawat sampai bengkak muka..haha.. tapi sekarang zaman picit dah berlalu. Bukan hape, if benda tu tak keluar, ia akan meninggalkan parut..Btw, i hate PARUT!

          Cara nak guna:

          Selepas cuci muka bersih2, relax kejap bagi air kering dengan sendirinya. Then uolls tempek la mask tu kat tempat yang uolls rasa bendalah tu berkumpul. Macam aku, aku taruk kat bahagian tepi hidung (kiri dan kanan) juga bawah dagu. Tapi AWAS dong jangan  terkena bahagian mata or mulut. It was a SENSITIVE part.

          After 10-15 mnts atau selepas masker tu kering, uolls tarik pelan2. Syok kot time tu even pedih sikit kan.. Nak buat macam mana, nak cantik kena la berkorban..haha

          Back to the product, after dah tarik bagai sume, uollz cuba belek belakang masker tu akan tinggal bekas2 bintik hitam/putih yang melekat kat situ. Perghhh..magic kot. After that, tak payah basuh muka untuk kedua kalinya, just put a toner/mosturiser on your face..

          Yesterday, was a first time i used the product. Comment? Ok im satisfied. Cuma lepas dah tarik masker tu, timbul rasa cam gatal-gatal cket.. Tapi kejap je..maybe effect mula-mula pakai or maybe sebab ia nak serasikan dengan kulit muka kita kot...am i right??

          So, for those yang hari2 using make up, better cuba this product..sebab pencuci muka biasanya sekadar cuci bahagian luar kulit je, dalaman tak semestinye bersih.

          Happy trying!
          Bai-bai..


          p/s : cuba dulu baru tahu
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...