Saturday 14 April 2012

Suatu malam di Food Village, PC

Lokasi : Food Village, Pengkalan Chepa, KB
Waktu Kejadian : Awal malam (ala agak sendiri kol berapa)
Suspek : Me, Farah (littlesister), Myo (littlebro) and Eyra (kazenngokngek)

Alkisahnya, mula-mula kitorang plan nak makan masakan panas je like tomyam, daging masak merah, etc.. for dinner tapi bila mengingatkan satu tempat yang belum lagi aku terjah setelah sekian lama dok kelate ni, hati rasa teringin nak cuba try test power tengokkk..hiks..  

OK DEAL! Sampai je sana, aku chop tempat dulu, haruslah ambik port yang baik punya. Then baru pergi meja hidangan to pick menu yang ada. Bila disuruh layan diri, ofkos la ambik makanan pon tamak semacam je..kah3.. Fyi, kat sana korang boleh makan apa saja yang terhidang.. Macam kitorang pergi malam tu, ada "chim chum" aka steamboat (main menu), kerang, laksa siam yang pedas kemain, somtam, mee+bihun+kuetiaw sup / goreng, bubur jagung, even ais batu campur pon kena buat sendiri.. Apalagi, seronok dua kali ronok la gegul2 ni sume ambik makanan esp. my kezen...oppppps! 

pinggan pertama...
dorang yang ambik..bukan saya
kena masak dulu baru makan

Sorang lalu usha meja kitorang, dua lalu, tiga lalu pon same...apa pandang-pandang? haha.. I thought dorang mesti cakap tangki kitorang besar gedabak... ahhh pedulikkkkk hokeh! Actually, stress jugak nak habiskan semua makanan kat atas meja tapi berkat kesabaran yang tinggi supo bukit, alhamdulillah..

If korang datang ke sini, memang wajib makan sebab dia kira satu kepala rm19.90 untuk dewasa dan rm13.90 untuk kanak-kanak. Korang bole makan apa sahaja menu yang diorang hidangkan time tu..Ha berbaloi sangat la kan? Sebab tu kitorang rasa semua..sesuai dengan amount yang dibayar...muahahaha..

Sekian ^_^
 

No comments:

Post a Comment

Fabulous people said

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...